YB Yaakub Husin

YB USTAZ YAAKUB HUSIN



YB Ustaz Yaakub Husin
Male
Kedah
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah N36 Bandar Baharu - (DBS) Diploma in Bussines Studies ITM Shah Alam (1978) - (DPI) Diploma Pengajian Islam UKM (1983) - Arabic Studies Department, University of Tunis, Tunisia. {Pengasas Dewan Pustaka Fajar}-YDP PAS Kawasan Kulim/B.Baharu -AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. -Ahli Lembaga Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM).
   

<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31


KEDAH kini milik BERSAMA !!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:













 
Mar 30, 2008
Khaled Mishaal gesa Negara-negara Arab menyokong deklarasi Sana’a.
Khamis, 27/03/08 - Pemimpin kanan Pergerakan Hamas dan ketua Biro Politiknya, Khaled Mishaal berkata beliau telah menghubungi beberapa orang pegawai dan pemimpin negara –negara Arab dengan tujuan untuk menjelaskan berkenaan intipati deklarasi Sana’a dan memohon sokongan mereka.Pergerakan Hamas dan Fatah menandatangani inisiatif Yaman pada Ahad lepas, di Bandar Sana’a dibawah kelolaan Presiden Yaman, Ali Abdullah Saleh, yang menggesa dialog nasional diantara dua buah kumpulan besar di arena Palestin itu dalam usaha untuk menghentikan pergeseran politik diantara mereka.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Penarangan Hamas yang diperolehi salinannya oleh pihak PIC, Khaled Mishaal telah menghubungi pemimpin Yaman dan berterima kasih kepada mereka diatas usaha yang gigih yang dilakukan untuk menemukan kedua-dua buah pergerakan tersebut.Pergerakan itu juga menyebut, Mishaal telah berbicara dengan beberapa orang pemimpin Arab melalui telefon, dan juga bersama Amre Musa, Setiausaha Agung Liga Arab, dan memberi taklimat kepada mereka berkenaan intipati deklarasi tersebut, seterusnya menggesa mereka untuk menyokongnya semasa sidang Liga Arab yang akan datang di Damascus.

Deklarasi Sana’a yang telah ditandatangani oleh delegasi Fatah ke Sana’a yang diketuai oleh Ahli Parlimennya Azzam Al-Ahmad dan Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzouk, menegaskan untuk penyatuan secara geografi tanah di Palestin dimana kedua-dua pihak bersetuju bahawa deklarasi itu sebagai satu rangka kerja untuk menyambung dialog nasional dan berbincang berkenaan dengan perselisihan pendapat diantara mereka.
 
Mar 28, 2008
Betulkah Umno memperjuangkan DEB?
Ustaz Idris Ahmad

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.

Saya tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan. Yang saya tahu tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.

Pemimpin Umno fikir mereka ada media yang diketuai oleh anak Maidin dapat menipu rakyat. Anggapan ini silap. Sekarang bukan pengundi 70-an yang boleh diulit dengan dakyah pembohongan. Banyak penulis membayangkan bahawa blog dan internet telah berjaya memberi padangan kedua kepada pengundi di negara ini. Rakyat sudah meloya dengan laporan televisyen yang terlampau mengampu, akhirnya senjata makan tuan. Barisan pembangkang telah berjaya menanamkan keyakinan kepada rakyat tentang pembohongan media.

Apa yang paling menarik sekali selepas pilihan raya maka pemimpin Umno yang menggunakan taktik lama dengan isu perkauman untuk menarik undi di kalangan orang Melayu. Malah ada seorang tokoh veteran Umno Melaka, Tan Sri Aziz Tapa mengatakan bahawa siapa yang tidak memangkah Umno tidak ada semanagat kebangsaan. Inilah otak pemimpin Melayu saluran 1, biarlah kita serah kepada Allah SWT yang menentukan segalanya.

Pemimpin Umno-BN telah menjadikan strategi untuk menjadikan miskin sebagai satu cek kosong yang akan diguna pada bila-bila masa terutama setiap kali pilihan raya. Di Kawasan Jerlun terdapat dua penempatan kampung nelayan iaitu Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang yang diduduki hampir 100 tahun tanah yang tidak bergeran. Mereka ini adalah pengundi setia Umno yang tidak berubah walaupun tsunami melanda. Sedangkan kawasan ini diwakili oleh tiga orang exco kerajaan negeri Kedah. Orang miskin inilah yang menjadi stok simpanan untuk Umno kalahkan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.

Begitu juga yang berlaku di Terengganu, kenapa Umno memerintah Terengganu yang hasil royalti minyak mencecah sampai RM7 bilion. Tetapi masih gagal mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu. Sedangkan sewaktu PAS memerintah daripada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada tangga keempat walaupun royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat. Selepas Umno menang 2004 kadar kemiskinan di Terengganu telah meningkat nombor dua selepas Sabah. Sehingga ada rakyat Terengganu meminta sedekah di depan tokong Cina untuk minta sedekah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Metro. Kelantan yang diperintah oleh PAS berada di tangga keenam.

Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.

Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.

Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.

Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?

Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.

Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.

1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.

2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.

3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?

4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.

5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.

6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB

7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?

8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.

9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.

10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi

11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggk DEB kenapa Umno tidak bela oranag Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.

Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB. - lanh

Bankrapkan Media Utama Negara
a
Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, PAS menyokong penuh hasrat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim dan lima negeri kerajaan baru yang diperintah pembangkang untuk menimbangkan saranan memboikot TV3 dan Utusan Malaysia.

Kami rakyat malaysia bersedia membuat satu reformasi dan akan memboikot media utama negara ini bertujuan untuk mengajar dan memberi ingatan bahawa kuasa rakyat tidak boleh dipermainkan.

Sekian lamanya kami rakyat malaysia ditipu, dimomokkan dengan propaganda pemerintah sehingga begitu loya, jijik, muak dan tidak tertahan lagi.Wartawan dan petugas-petugas RTM, TV3, Utusan sanggup dilacurkan oleh BN dengan melanggar etika kewartawanan dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat. Ketahuilah RTM,TV3 dan Utusan, sedikit masa lagi kamu semua  akan rebah sehinggalah kembali kepada kebenaran.

Ayuh ! Rakyat Malaysia, sahutlah cabaran, jangan beli utusan dan berpuasa lah dari melihat berita-berita palsu dan lihatlah kesannya 1 hari, 2 hari dan seminggu.Bayangkanlah suratkhabar dipandang sepi di kedai-kedai dan tidak laku. Pembekal mengeluh dan tidak sanggup lagi untuk menjadi pengedar suratkhabar yang basi dan beralih kepada media alternatif seperti Harakah, Wasilah, Keadilan dan sebagainya yang seperti pisang goreng.
 
Boikot boleh mendatangkan kesan besar contohnya sebagaimana dilaporkan Audit Bureau of Circulation (ABC) bahawa apabila berlaku sesuatu kes sesebuah media itu boleh jatuh. Inilah masanya, api bukan lagi kecil, api sudah merebak bahkan tidak mampu lagi dipadam. Rakyat dahagakan berita-berita yang benar dan tidak dimanipulasikan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik sempit mereka.

Kini, tibalah masanya 5 negeri berkabung, bangun sederap, mara sepakat, terbitlah media massa sendiri atas nama Barisan Rakyat untuk Malaysia menggantikan Utusan Malaysia yang sudah menopaus setelah menginjak ke usia 50 tahun. 
 
Mar 27, 2008
Kereta-kereta Exco Kedah disabotaj?
Oleh : Bashir Ishak

aSemasa berada di pusat pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah di Wisma Darulaman semalam, penulis sempat bertemu beberapa orang sahabat di kantin bangunan tersebut.

Duduk bersama ialah dua orang pemandu kepada Exco Kerajaan Negeri yang baru dilantik selepas PAS/BA berjaya menubuhkan kerajaan.

Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas.

Amat mengejutkan apabila mereka menceritakan perilaku pihak-pihak tertentu yang menggunakan kereta-kereta Proton Perdana yang diperuntukkan khas untuk para Exco Kerajaan Negeri semasa Barisan Nasional menguasai negeri ini penggal yang lepas.

Kata salah seorang dari pemandu tersebut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya sabotaj oleh pihak-pihak tertentu sebelum memulangkan kereta-kereta tersebut untuk digunakan oleh Exco yang baru selepas mengetahui Umno/BN gagal mengekalkan kuasa di Kedah.

"Ini berdasarkan keadaan kereta yang kita mula-mula guna, teruk sekali. Ada dua buah terpaksa ditukar "gear-box", sedangkan kata bahagian pengurusan kereta-kereta tersebut barus sahaja diservis.

"Ada pula kereta yang sampai berasap bila dibawa. Satu lagi pula setiap hari perlu ditambah minyak enjin. Lagi teruk, setiap kereta tu sepatutnya ada pemain CD, tapi yang tinggal kini hanya pemain kaset," katanya. - mks

KFA akan bayar levi - MB Kedah

PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) akan menjelaskan bayaran levi kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi perlawanan Liga Super antara Kedah dan Perak di Stadium Darulaman Isnin lalu.

Presidennya, Azizan Abdul Razak berkata, bayaran levi sebanyak 10 peratus daripada hasil jualan tiket akan dijelaskan seperti perlawanan-perlawanan lain walaupun KFA memberi tiket percuma kepada penonton pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, dia mengakui KFA akan bertanggungjawab memberi tiket percuma kepada penonton termasuk membayar cukai.

Katanya, FAM tidak sepatutnya memberi peringatan mengenai perkara tersebut terlebih awal semata-mata kerana kerajaan negeri memberi tiket percuma kepada penonton.

"Kerajaan negeri akan membantu KFA (menjelaskan bayaran cukai). Kita (KFA) akan tetap bayar," katanya selepas mesyuarat Exco kerajaan negeri di Alor Star semalam.

Pada perlawanan itu kerajaan negeri Kedah memberikan 35,000 keping tiket percuma kepada penonton.

Tiket percuma itu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Kedah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu.

Azizan menjelaskan demikian ketika diminta mengulas peringatan Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin kepada KFA supaya membayar levi walaupun tiket untuk perlawanan Kedah dan Perak diberi percuma.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, dia difahamkan penyokong skuad Kedah terutamanya golongan muda gembira dengan pemberian tiket percuma itu.

Malah katanya, kerajaan Kedah sedia mempertimbangkan pemberian tiket percuma kepada penonton Liga Super selepas ini untuk perlawanan-perlawanan tertentu.

*saksikan Gol yg di jaringkan
HINDU MAHU KEPIMPINAN ULAMA

Di sini dipaparkan satu ceramah pendek yang disampaikan oleh seorang Calon PAS yang beragama hindu, iaitu saudari Cik Kumutha a/p Raman.

mendengar isi ceramahnya, dia sendiri yakin dan menyeru kepada kepimpinan Ulama.

saksikan :

video

fikir-fikirkanlah .................

Konflik MB Terengganu: MPPR Boleh BUBAR Dun, Adakan Semula Pilihan Raya Baru!

aSETAKAT ini nampaknya kedua-dua pihak tidak mahu berganjak. Dan perlantikan Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu tidak mungkin ditarik balik.

Perlantikan itu tidak boleh, atau sukar, untuk ditarik balik kerana, ia dibuat berdasarkan pertimbangan bahawa Ahmad mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan, demikian jelas Profesor Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau menyambung bahawa meskipun perlantikan dibuat melalui budibicara yang subjektif sifatnya ia adalah berdasarkan kepada penilaian sultan tentang siapakah yang mempunyai sokongan majoriti.

Kes Stephen Kalong Ningkan oleh Mahkamah Tinggi Kuching pada 1966 memutuskan bahawa Ketua Menteri tidak boleh dipecat oleh Gabenor. Inilah undang-undang yang ada dan dengan demikian MPPR tidak boleh memecat Ahmad dari jawatan Menteri Besar.

Keputusan melantik Ahmad memang mempunyai risiko besar dari awal lagi dan ia sekarang menghadapi undi tidak percaya.

Meskipun begitu sebagaimana yang dilaporkan, Ahmad tidak menampakkan kesediaan untuk bekerjasama dengan PAS dan menubuhkan kerajaan. Dengan demikian sukar untuk beliau melawan usul undi tidak percaya yang akan dikemukakan terhadapnya itu.

Apakah jalan keluar sekarang?

Dr. Abdul Aziz berkata jalan keluar berada di tangan istana dan istana perlu menyudahkan kerja yang dimulakannya sendiri. Pihak-pihak lain, termasuk Kerajaan Pusat dan Umno, tidak boleh berbuat apa-apa.

Sekiranya Ahmad jatuh melalui undi tidak percaya, sebenarnya ada dua pilihan yang ada; yang pertama melantik Menteri Besar dari kalangan ahli dewan yang ada atau, pilihan kedua, membubarkan dewan supaya pilihan raya baru dapat dibuat dan rakyat boleh membuat keputusan sekali lagi.

Apa masalah dengan pilihan pertama?

“Yang jelas PAS tidak mempunyai majoriti dan tidak ada tanda-tanda ia boleh bergabung dengan ahli-ahli dewan dari Umno. Selain itu ahli-ahli yang lain sudah terpalit dalam krisis ini,” jelas Dr. Abdul Aziz.

Sebab itu, kata beliau, cara terbaik ialah dengan membubarkan dewan supaya rakyat dapat membuat keputusan.

Pensyarah Undang-Undang UIAM itu berkata, dalam membubarkan Dewan Undangan Ngeeri (Dun) ini MPPR boleh bertindak sendiri mengikut Perkara 44(2) Perlembagaan Negeri Terengganu.

“Pembubaran dewan ini adalah pembubaran luar biasa dan bukan pembubaran biasa yang memerlukan permintaan dari kerajaan,” ujar beliau.

Dr. Abdul Aziz menegaskan pembubaran ini perlu supaya sebuah kerajaan yang mendapat sokongan rakyat dapat diwujudkan. Ia juga dapat menyelamatkan istana dari dituduh bermain politik dan membelakangkan kehendak rakyat.

Keputusan membubarkan dewan ini adalah keputusan baginda sendiri dan baginda tidak memerlukan nasihat sesiapa. “Baginda bolehlah bermunajat dan menunaikan solat istikharah untuk memohon kekuatan dari Allah SWT,” tegas beliau.

Secara kebetulan, Dr. Abdul Aziz menambah, keputusan Pilihan Raya Umum ke 12 di Terengganu memang menimbulkan persoalan. Dari Tragedi Batu Burok, kekecohan di Marang dan dakwaan pengundi hantu kesemuanya menyebabkan kemenangan Barisan Nasional (BN) dipersoalkan.

“Apabila dewan dibubarkan maka sebuah pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, tetapi ini hanya untuk Dun Terengganu sahaja. Ia tidak melibatkan pilihan raya parlimen. Lagipun parlimen terletak di luar bidang kuasa MPPR,” jelas Dr. Abdul Aziz.

Ditanya tentang kemungkinan Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat dan menggantung Perlembagaan Terengganu, pakar Perlembagaan UIAM itu berkata, ia tidak mudah untuk berlaku.

“Alasan yang pertama ialah Yang di Pertuan Agong – meskipun perlu mengikut nasihat – boleh menolak permintaan untuk mengisytiharkan darurat oleh Perdana Menteri kerana ia sesuatu yang sangat serius.

“Alasan yang kedua ialah dari segi politik, ia agak sukar untuk dilakukan kerana Yang di Pertuan Agong ialah Sultan Terengganu dan baginda telah menunjukkan sikap yang bebas yang menyebabkan kesukaran di pihak Perdana Menteri untuk menasihatkan perisytiharan darurat itu,” tegas Dr. Abdul Aziz.
 
Mar 26, 2008
PAS menawarkan kelas Ilham untuk aktivis & ahli.

Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM) di bawah Lajnah Tarbiah dan Perkaderan PAS Pusat telah memulakan kelas yang pertama pada 19 Januari 2008 di Taman Melewar, Gombak.

Pengarahnya, Ustaz Idris Ahmad memaklumkan, kursus Diploma Kepimpinan Islam itu dijalankan sebagai salah satu program tarbiah secara nizami (berinstitusi) yang dikhaskan kepada ahli PAS dan aktivisnya.

Menurut beliau, program tersebut dijalankan selama tiga semester dengan empat mata pelajaran bagi setiap semester.

Katanya, subjek yang ditawarkan untuk semester pertama ialah Ulum al-Quran, Aqidah Islamiah, Politik Islam dan Bahasa Arab.

Semester kedua, Ulum al-Hadis, Pengantar Feqh Islami, Ekonomi Islam dan Bahasa Arab manakala semester ketiga Feqh Jihad, Feqh Da’wah, Pengurusan Kepimpinan dan Bahasa Arab.

Beliau berkata, semua tenaga pengajar terdiri daripada kalangan ilmuan PAS yang terlibat dalam organisasi parti itu .

” Program akan diberi keutamaan kepada mereka yang tidak mendapat pendidikan agama secara formal daripada mana-mana institusi dalam negara atau luar negara,” katanya.

Menurut beliau, ini sebagai satu usaha untuk mendedahkan ilmu-ilmu Islam kepada aktivis PAS dan menampung kekurangan nuqaba’ dan naqibat di semua peringkat dalam PAS.

Kelainan program itu katanya, peserta bukan sahaja mendapat ilmu secara teori tetapi secara praktikal bersifat perjuangan dan membangkitkan semangat untuk terus berjuang dan melaksanakan tugas dalam jamaah.

Penyertaan masih lagi dibuka kepada semua ahli PAS dan aktivis PAS.

Mereka yang berminat hubungi Setiausaha Ilham, Ustaz Rhidwan Ismail 03-26925000 atau 019 3152767.

Pendaftaran akan bermula pada jam 8.00 pagi dengan kadar bayaran RM140.00 untuk satu semester termasuk minum pagi dan makan tengahari.

Satu semester akan berjalan selama empat kali kuliah dengan setiap bulan sekali pertemuan pada Sabtu minggu ketiga. - mks.

BIODATA MB KEDAH – YAB USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

MB KEDAH – USTAZ HAJI AZIZAN BIN ABD. RAZAK

UMUR : 64 TAHUN

 

PENDIDIKAN:

 - MAKTAB MAHMUD, ALOR SETAR (1966)

 - SARJANA MUDA SYARIAH UNIV. AL-AZHAR 1972,

 - M.PHIL IN LAW.DEPT OF LAW UNIV. OF KENT CANTERBURY ENGLAND 1978

 

PENGALAMAN KERJAYA:

 - PENSYARAH KETUA JABATAN SYARIAH UKM

 - PENGARAH URUSAN HARAKAH

 

PEKERJAAN SEKARANG:

 - PESARA PENSYARAH/ PESARA ADUN

 

JAWATAN DALAM PAS:

 - AHLI JAWATANKUASA PAS PUSAT

 - PESURUHAJAYA PAS KEDAH

 - YANG DIPERTUA PAS YAN

 

PENGLIBATAN NGO:

 - AJK PERSATUAN BEKAS PELAJAR MELAYU TIMUR TENGAH

 - AJK PERSATUAN FALAK SYARIE MALAYSIA

 - AHLI PERSATUAN SYARIAH ASIA TENGGARA (SOUTH EAST ASIA ASSOCIATION)

 

PENGALAMAN ANTARABANGSA:

 - MUKTAMAR AL-HAJ ANJURAN ALL INDIAN IRANIAN ASSOCIATION NEW DELHI, INDIA.

 - PEMBENTANGAN DI 1st ASEAN SYARIAH ADMINISTRATION CONFERENCE WORKSHOP, MANILA (1983)

 - PERSIDANGAN GERAKAN ISLAM SEDUNIA, TURKI (1995)

 - PERSIDANGAN ISLAM SEDUNIA, LUNMAM (2001)

 - CONFERENCE OF SOUTH EAST ASIA ISLAMIC LAW, MANILA

 

HASIL PENULISAN ANTARABANGSA:

 - "DIRASAH HAWLA AT TASHRIQ AL ISLAMI",

TERBITAN KEMENTERIAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM FILIPINA.

 

- "INTRODUCTION TO ISLAMIC LAW JURISPRUDENCE",

TERBITAN OFFICE OF MUSLIM AFFAIR AND CULTURAL COMMUNITIES, QUEZON CITY, FILIPINA, 1986

 

 - SYARIAH, ADAT AND COMMAND LAW AMONGST THE MARANOAS OF SOUTHERN PHILIPPINES: AND  EXPLORATORY AND COMPARATIVE STUDY, TERBITAN SOUTHEAST ASIAN STUDIES PROGRAM.

Kehadiran MB Kedah dapat sambutan hangat
PENGKALAN CHEPA: Kehadiran Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak ternyata dinanti-nantikan rakyat negeri apabila puluhan ribu orang hadir pada program ceramah perdana meraikan kemenangan PAS dan BA di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (Putik), malam tadi.
2mb-putik3.jpg

Kehadiran luar biasa menyaksikan kesesakan teruk lalu lintas menghala ke Putik terutama dari arah jalan utama Pengkalan Chepa menuju ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan Jalan Raja Perempuan Zainab 2 ke Jalan Padang Tembak.

2mb-putik4.jpg

2mb-putik2.jpg Ternyata program yang turut membariskan Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abduk Aziz Nik Mat, Naib Presiden, Dato’ Husam Musa dan anggota Parlimen Pasir Mas, Dato’ Ibrahim Ali tidak menghampakan apabila banyak isu-isu semasa dan perkembangan di Kedah dikupas tokoh terbabit.

Ucapan yang diselang-selikan dengan jenaka bersahaja daripada Ustaz Azizan juga menghiburkan orang ramai yang hadir. Ini adalah kali pertama Ustaz Azizan berceramah di Kelantan atas kapasitinya selaku Menteri Besar Kedah.

Isu-isu lain yang dikupas termasuk kemelut di Terengganu dan juga krisis dalaman Umno. Ketua Penerangan PAS, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah bertindak selaku Pengerusi Majlis.

Previous Page Next Page