
YB Ustaz Yaakub HusinMale Kedah Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah
N36 Bandar Baharu - (DBS) Diploma in Bussines Studies ITM Shah Alam (1978) - (DPI) Diploma Pengajian Islam UKM (1983) - Arabic Studies Department, University of Tunis, Tunisia. {Pengasas Dewan Pustaka Fajar}-YDP PAS Kawasan Kulim/B.Baharu -AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. -Ahli Lembaga Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM).
|

KEDAH kini milik BERSAMA !!
|
 |

 |
 |
PERTUKARAN ALAMAT BLOG YB USTAZ YAAKUB HUSIN
Assalamualaikum.wth
Kepada semua warga DUN Bandar Baharu & khusus pembaca blog. Pihak kami akan menukar alamat blog dalam waktu terdekat ini atas sebab-sebab keselamatan & maslahah warga DUN Bandar Baharu.
Proses penyediaan teknikan sedang di lakukan. Harap maklum !!
Cerita sebenar di sebalik projek ternakan babi!
TERKEJUT betul saya apabila mengikuti rancangan ulasan akhbar daripada TV1 RTM awal pagi tadi mengenai Projek Ternakan Babi di Selangor yang kononnya akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Pengulas berita dengan penuh aksi dan gaya telah memetik kenyataan Exco PAS, Dr. Halimah Ali dengan menuduh yang bukan-bukan kepada PAS kerana menyokong projek berkenaan.
PAS dianggap telah lupa perjuangan dan sanggup menjual agama kerana kepentingan politik. Malah pengulas "kuda kayu" ini tidak segan silu menasihatkan PAS bahawa daging babi adalah haram dimakan bersandarkan ayat-ayat Al-Qur'an dan juga petikan kitab Injil. Selanjutnya beliau menfitnah PAS dengan menyatakan bahawa dengan projek ini kelak PAS akan membenarkan pula jualan daging babi di tepi-tepi jalan. Macam mana mentaliti orang-orang RTM ini pun saya tak faham. Kita ingatkan apabila dah kalah pilihanraya dan dapat Menteri baru mereka akan berubah dan akan menjalankan tugas dengan lebih profesional. Tetapi harapan hanya tinggal harapan. Kalau dah UMNO tu tetap UMNO, dulu, kini dan selamanya.
Berbalik kepada cerita ternakan babi tadi. Apa yang RTM sibuk sangat tentang ternakan babi? Bukankah selama ini pun terdapat ribuan babi di mana-mana di Malaysia.
Lupakah mereka kepada isu babi di Negeri Sembilan dan Melaka dahulu yang bukan setakat melibatkan kaum Cina tetapi juga pimpinan UMNO di dalam mengaut keuntungan. Dan jangat kita lupa bagaimana beberapa pimipim menyalahguna duit derma mangsa-mangsa penyakit bawaan babi (JE) untuk kepentingan mereka.
Perlu diingat bahawa negara kita terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dan ada di kalangan rakyat yang makan daging babi. Justeru itu binatang ini perlu dipelihara bagi mendapatkan dagingnya.
Ketika RTM asyik menghentam keromo PAS, perlu diingat bahawa ternakan babi terus berjalan tanpa ada usaha konkrit untuk mengawalnya daripada mencemar alam sekitar. Kita berterusan menghadapi pencemaran air yang akhirnya membawa bencana kepada umat Islam sendiri.
Saya kebetulan tahu benar tentang projek yang dimaksudkan oleh YB Teresa Kok dan YAB Menteri Besar Selangor. Ini kerana projek ini ditawarkan oleh syarikat kawan baik saya beberapa bulan yang lepas.
Untuk makluman RTM, projek ini diluluskan oleh kerajaan Khir Toyo 2 minggu sebelum pembubaran parlimen. Walaupun saya orang kuat PAS, saya menyetujui projek yang dicadangkan oleh rakan saya ini kerana selepas menelitinya secara terperinci, saya dapati ia amat berguna di dalam menyelesaikan kemelut yang dihadapi oleh umat Islam yakni isu pencemaran air.
Projek berteknologikan Jerman ini adalah satu sistem ternakan babi moden dan tertutup (closed system). Ini bermakna babi akan dipelihara di dalam tempat tertutup (lengkap dengan pendingin hawa) dan segala najis yang tercerna akan dikitar untuk pengeluaran gas (methane). Malah darah babi apabila disembelih pun akan menjadi sebahagian daripada kitaran ini.
Lantas tidak akan wujud lagi sebarang pencemaran (zero-pollution) akibat ternakan babi selepas ini. Pihak Jabatan Haiwan dan juga pegawai-pegawai kerajaan lain telah membuat kajian mendalam mengenai kesesuaian projek ini termasuk membuat lawatan ke Jerman untuk melihat sendiri bagaimana keberkesanannya. Mereka begitu kagum dengan apa yang mereka lihat dan bersetuju melaksanakannya di Selangor, dan jika berjaya akan dikembangkan pula ke seluruh negara.
Seperkara lagi perlu disebutkan bahawa usaha ini adalah di bawah pembiayaan swasta. Kerajaan negeri hanya menyediakan tapak projek. Orang-orang bukan Islam perlukan daging babi sementara kita perlukan air yang bersih dan persekitaran yang nyaman. Bukankah projek ini satu kompromi yang amat hebat untuk rakyat negara ini?
Mungkin RTM tak peduli itu semua kerana yang penting bagi mereka ialah melepaskan geram pada Pakatan Rakyat. Cerita benar atau palsu bukan ukuran penting bagi mereka.
Kalau babi tu kita boleh maafkan sebab mereka dijadikan Allah tanpa akal, tetapi yang manusia kat RTM ini diberi akal tetapi masih tak mahu menggunakannya! Cuba anda fikir, mana lebih teruk?
MAKLUMAN UNTUK HEBAHAN.
Assalamualaikum w.b.t.,
Semua Muslimin muslimat dimaklumkan penyertaan ibadah qurban pada tahun ini akan dilaksanakan seperti biasa di Markaz PAS Kawasan Kulim Bandar Baharu.
Setiap penyertaan RM300.00 satu bahagian dan boleh dibayar secara ansuran mulai sekarang hingga 15 November 2008 (ikut kemampuan sehingga selesai bahagian yang dipohon)
Urusan bayaran boleh dibuat seperti berikut;
1. Terus ke akaun PAS Kawasan dan hubungi Bendahari Tuan Hj Nabil Abd Hamid 019 4524590
2. Bayaran secara ansuran, sila hubungi TYDP Sdr Hussain Saad 012 4749954 / Setiausaha Ust Mohd Halizal Allias 013 5027129 / Pen SU Mansor Abd Rahman 013 4399434 atau YB YDP Yaakub Hussin 013 4884882.
Muslimin dan muslimat yang berminat perlu mendaftar terlebih dahulu untuk tujuan tempahan lembu qurban.
Harap Maklum. Terima kasih.
JASA TUAN GURU HAJI HADI JANGAN DILUPAI
Penyamun berpeluk dengan penyamun
Rakyat bebas tegur, nasihati pemimpin - MB Kedah
  Bashir Ishak Mon Mar 31, 08 12:48:18 pm MYT ALOR SETAR,31 Mac (Hrkh) - Rakyat bebas untuk menegur atau menasihati pemimpin kerajaan negeri, kata Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak. Menurutnya, pemimpin dan rakyat sama-sama bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran negeri ini berada dalam keadaan yang baik.
"Masalahnya sekarang hanya pemimpin yang menasihati rakyat sedangkan rakyat tak pernah berpeluang untuk menegur pemimpin.Kita sama-sama mempunyai 'accountability' untuk memimpin negeri ini.
"Sebab itulah pemimpin kena tanya rakyat dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan yang membabitkan kepentingan ramai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis meraikan pelantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah oleh Persatuan Bekas Pelajar Maktab Mahmud dan Persatuan Siswazah Timur Tengah Kedah.
Ustaz Azizan adalah bekas pelajar Maktab Mahmud di samping pernah juga menjadi tenaga pengajar di situ.
Dalam ucapannya juga, beliau berharap agar Maktab Mahmud dapat mempertingkatkan kedua-dua aspek kualiti dan kuantitinya.
Katanya, dalam keadaan dunia sedang menghadapi krisis ketamadunan, institusi pendidikan seperti Maktab Mahmud ini perlu diperkasakan untuk melahirkan generasi pelajar yang mampu mnguasai ilmu dan memanfaatkannya.
"Bukannya sekadar dinilai dari berapa A yang diperolehi, yang pentingnya kita lihat juga aspek pentarbiyahan dan disiplin untuk mereka berjaya di masa depan," ujarnya.
Majlis yang dihadiri kira-kira 800 orang bekas pelajar itu diadakan di Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud dekat sini Sabtu lalu.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Mufti Kedah, Dato' Paduka Syeikh Hasbullah Abdul Halim, selaku Pengerusi Persatuan Bekas Sisiwazah Timur Tengah Kedah dan Pengerusi Yayasan Maktab Mahmud, Tan Sri Khalid Abdullah.
Beberapa orang pimpinan PAS Kedah yang hadir juga adalah bekas pelajar Maktab Mahmud seperti Exco Kerajaan Negeri, Ir Phahrolrazi Zawawi; Ahli Parlimen Pendang, Dr Hayati Othman dan YDP PAS Padang Terap, Dr Zawawi Ahmad. - mks.
MB Kedah minta penghulu bekerja secara profesional bukan ikut arahan JKKK
ALOR SETAR,31 Mac (Hrkh)- Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru para penghulu di negeri ini menjalankan tugas mereka secara profesional tanpa memikirkan fahaman politik walaupun Kedah kini diterajui oleh PAS.
Katanya, selaku pegawai kerajaan negeri yang lebih hampir dengan rakyat, para penghulu diminta tidak bekerja untuk ahli politik tetapi bekerja dengan untuk rakyat.
"Tuan-tuan jangan takut dan bimbang dengan kerajaan negeri yang baru walaupun berbeza parti politik. Itu hak masing-masing yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan negara.
"Yang pentingnya kita berusaha untuk memantapkan pentadbiran, kita bekerja sebagai pegawai kerajaan negeri mengikut profesionalisme masing-masing. Kerjasama dengan kerajaan bukan dengan saya," katanya.
Justeru katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan tugas penghulu yang kini dilihat agak terkebelakang berbanding peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).
"Dulu JKKK berperanan menolong penghulu tetapi akhirnya penghulu lepas ke tepi. JKKK dari lantikan politik ini nampaknya lebih berkuasa dari penghulu.
"Jadi kita akan memperkasakan semula para penghulu dan adakan dikembalikan semula peranan mereka ke landasannya," ujarnya dalam majlis pertemuan dengan para penghulu seluruh negeri Kedah.
Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Pengerusi Persatuan Penghulu dan Penggawa Malaysia Cawangan Kedah, Md Fuad Zainol Abidin menyatakan sokongan para penghulu kepada pimpinan kerajaan negeri yang baru.
"Kami berharap agar kerjasama yang erat diteruskan antara YAB Menteri Besar dengan para penghulu untuk menjadikan negeri Kedah lebih sejahtera," katanya.
Majlis perjumpaan dengan penghulu dari seluruh negeri Kedah ini diadakan di Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar dekat sini semalam.
Ustaz Azizan yang ditemui pemberita kemudiannya menyokong kenyataan bekas Menteri Besar Dato' Seri Mahdzir Khalid agar JKKK meletakkan jawatan dengan segera.
"Kita bukan nak pecat mereka, tapi kalau mereka tak mahu terima jawatan, kita boleh lantik JKKK baru dan senang kita nak terus buat kerja" katanya. - mr
Memoredum Bantahan Pemuda PAS Pusat
Dewan Pemuda PAS Pusat mengecam tindakan Ahli Parlimen Belanda, Geert Wilders menyiarkan filem bertajuk 'Fitna' secara online pada 27 Mac lalu.
Filem tersebut dikatakan memberikan gambaran buruk terhadap Islam dan menghina al-Quran serta Nabi Muhammad s.a.w.
Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub melahirkan kekecewaan kerana apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Belanda itu telah mencetuskan perasaan tidak senang di kalangan umat Islam dan dikhuatiri boleh menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan golongan bukan Islam seluruh dunia Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Belanda hari ini. Memorandum tersebut diserahkan kepada Timbalan Ketua Kaunselor Kehormat, Luc Schillings, di Lobi bangunan The AmpWalk, Jalan Ampang, pagi tadi.
MEMORANDUM
We, the Central Youth Council of Islamic Party of Malaysia (PAS), firmly express our deepest resentment over the production of offensively anti-Islam film "Fitna" by Dutch MP Geert Wilders.
We strongly condemn the airing of the film and demand immediate action by the producer to retrieve the film from public domain. The film is clearly an insult to Islam and maliciously misleads viewers of the true pictures of Islam. As constantly promoted by those anti-Islam ignorant propagators, the film tries to link Islam with terrorism. We would like to firmly reiterates here that Islam do not condone any form of terrorism as we believe that violence begets further violence. Islam principally and fundamentally opposes any form of violence, transgressions and any form of terrorism.
The release of the film is totally unacceptable and irresponsible which shall not be granted justification under the freedom of expression. We warn the Dutch government that it would create unnecessary tense and invite vengeance from Muslim community throughout the world. We regret that the Dutch government has failed to prevent the producer as the news of his intention was made public before.
We look at this unwanted provocation as another encumbrance in creating better environment for peace and stability in the world. The Dutch leader should have been more responsible in participating in the harmonization of the true meaning of Islam particularly in Europe and the world at large.
To signify our protest, we strongly urge Muslims all over the world to boycott all Dutch products effective immediately. We hope the protests by Muslims all around the world can be taken as our disapproval against any insult and attempts to deceive the world of the true picture of Islam.
SALAHUDDIN AYUB
PAS Youth Wing Chief
Hamas dan Jihad Islami Bertemu di Mesir.
Jumaat, 28/03/08 - Delegasi Hamas dan gerakan Jihad Islami bertemu di Mesir pada pagi Khamis lepas bagi meneruskan perbincangan beberapa isu terutama mengenai perbicangan damai sementara dengan tentera penjajah Israel dan pembukaan sempadan penyeberangan Rafah. Di dalam kenyataan ekslusif, Dr Sami Abu Zuhri, jurucakap Hamas menyatakan bahawa pergerakan tersebut amat cenderung kepada perdamaian dan menyatakan bahawa setiap perbincangan damai mestilah bersifat sepakat, serentak dan menyeluruh.
Dr Abu Zuhri juga berkata bahawa ugutan berterusan daru perdana menteri Israel Ehud Olmert terhadap Gaza menunjukkan bahawa keganasan berterusan terhadap penduduk Palestin sememangnya kehendak Israel sedangkan Hamas bersedia bagi semua pilihan untuk kepentingan penduduk Palestin.
|
 |
 |