YB Yaakub Husin

YB USTAZ YAAKUB HUSIN



YB Ustaz Yaakub Husin
Male
Kedah
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah N36 Bandar Baharu - (DBS) Diploma in Bussines Studies ITM Shah Alam (1978) - (DPI) Diploma Pengajian Islam UKM (1983) - Arabic Studies Department, University of Tunis, Tunisia. {Pengasas Dewan Pustaka Fajar}-YDP PAS Kawasan Kulim/B.Baharu -AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. -Ahli Lembaga Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM).
   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


KEDAH kini milik BERSAMA !!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:













 
Apr 1, 2008
JASA TUAN GURU HAJI HADI JANGAN DILUPAI

JASA TUAN GURU HAJI HADI JANGAN DILUPAI

Kemenangan Barisan Rakyat yang kini diperkenalkan dengan nama baru iaitu "pakatan rakyat" merupakan satu kemenangan yang gemilang yang boleh dikatakan julung-julung kalinya berlaku dalam sejarah politik di Malaysia.

Sebilangan penulis menyatakan, segala kemenangan ini adalah kesan dari perjuangan dan keberanian yang dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dikala Anuar Ibrahim di tangkap, iaitu dengan menubuhkan GERAK ketika itu yang melahirkan PKR dan pergabungan antara parti-parti pembangkang dengan nama Barisan Alternatif.

Pemergian Ustaz Fadhil Nor berjumpa dengan Allah menyebabkan ramai pejuang-pejuang islam menitiskan air mata, mengenangkan susahnya hendak mencari pengganti sehebat Allahyarham Ustaz Fadhil Nor ini.

Pun begitu, perjuangan islam ini bukan dilihat kepada orang, tetapi dilihat kepada dasarnya menyebabkan perjuangan ini sentiasa ada pengganti.

Sabda Nabi SAW;

áóÇ ÊóÒóÇáõ ØóÇÆöÝóÉñ ãöäú ÃõãøóÊöí íõÞóÇÊöáõæäó Úóáóì ÇáúÍóÞøö ÙóÇåöÑöíäó Åöáóì íóæúãö ÇáúÞöíóÇãóÉö

Maksudnya;
"Sentiasa ada satu puak dari kalangan umatku yang mereka berjuang dan menyatakan kebenaran hingga hari kiamat" (Sahih Muslim : 225)

Di hari menyembahyangkan jenazah Ustaz Fadhil Nor, aku yang hadir majlis sembahyah jenazah itu mendengar dan masih ingat lagi ucapan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang memetik ucapan Abu bakar As-Siddiq yang berkata;

Ýóãóäú ßóÇäó ãöäúßõãú íóÚúÈõÏõ ãõÍóãøóÏðÇ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÅöäøó ãõÍóãøóÏðÇ Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÞóÏú ãóÇÊó æóãóäú ßóÇäó íóÚúÈõÏõ Çááøóåó ÝóÅöäøó Çááøóåó Íóíøñ áóÇ íóãõæÊõ

Maksudnya;
"Barangsiapa dikalangan kamu yang menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad itu sudah mati, barangsiapa yang menyembah Allah, maka sesungguhnya Allah itu hidup tidak akan mati" (Sahih Al-Bukhari : 1165)

Ucapan Tuan Guru itu menyuntik semangat yang berkobar agar sentiasa berusaha dengan perjuangan Islam, walaupun dikala itu, ustaz Fadhil Nor telah meninggalkan kita.

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI

Selepas Ustaz Fadhil, Tuan Guru Haji Abdul Hadi terpaksa memikul tugas sebagai pemangku presiden, merangkap pemangku Ketua Pembangkang dalam Parlimen ketika itu.

Ramai orang mempertikaikan kewibawaan Tuan Guru ketika itu, ini melihat banyak kenyataan Tuan Guru yang agak keras yang menyebabkan sebilangan pejuang Islam agak tersinggung.

Pun begitu, disebabkan ketiadaan tokoh yang menggantikan Ustaz Fadhil Nor, menyebabkan Tuan Guru telah dilantik menjadi Presiden PAS sehingga kini.

Di awalnya, ramai juga yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, tetapi apa yang dapat dilihat, keadaan itu sudah berubah.

Secara peribadi, aku amat respek dengan Tuan Guru. Aku sendiri sudah beberapa kali makan sehidangan dengan tuan Guru dan dengan itu dapat merasakan betapa tingginya pekerti Tuan Guru disamping kebijaksanaan beliau dalam mengurus parti dan pemerintahan.

Ramai menyatakan Tuan Guru adalah seorang yang sombong, tetapi jika mereka pernah bercakap dan berbual-bual dengan Tuan Guru, Tuan Guru merupakan seorang tokoh politik yang amat ramah dan boleh berkongsi maklumat, walaupun jika dibandingkan dengan Tuan Guru, aku ini diumpamakan budak-budak.

Hari raya tahun lepas, aku pergi menziarahi tuan Guru di rumah beliau. Agak terkilan, apabila aku naik atas rumah tuan guru, yang ketika itu Tuan Guru sedang berbual dengan menantunya, Ustaz Zaharuddin Muhammad, Tuan Guru bangun berdiri dan bersalaman denganku sebagai tanda penghormatan.

Inilah Presiden PAS, yang merupakan seorang yang hebat dalam politik, disamping orang yang mempunyai kehebatan dalam ilmu-ilmu Islam.

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

Tidak dinafikan kekalahan teruk berlaku kepada pihak pembangkang pada pilihanraya ke 11 yang lalu. Kekalahan itu semakin menjadi-jadi apabila isu negara Islam yang dimomokkan sebagai ganas oleh UMNO menjadi bahan bukti yang kuat menyebabkan DAP keluar mengundur diri dari pakatan Barisan Alternatif ketika itu.

Dalam keadaan itulah, PAS seakan-akan tertekan sedikit. Tetapi dengan kebijaksanaan Tuan Guru, semua ini dapat diselesaikan dengan jayanya.

Perhimpunan BERSIH yang diideakan oleh "pakatan rakyat" telah menyebabkan rakyat semakin membuka mata. Ianya berlaku dengan hebat, ekoran kelemahan dan kezaliman yang dilakukan pihak pemerintahan Barisan Nasional telah dirasai oleh rakyat.

Dengan perhimpunan BERSIH itu, rupa-rupanya telah menghampirkan balik jurang yang terpisah antara PAS dan DAP yang berpecah seketikacuma.

Mengejutkan lagi, beberapa hari selepas himpunan BERSIH itu, menyebabkan berlakunya perhimpunan yang didokong oleh pihak Hindu atau dikenali sebagai Hindraf atas ketidak puas hati mereka ekoran runtuhan Kuil yang dilakukan oleh pihak Kerajaan barisan Nasional.

Dengan perhimpunan itu, nampaknya UMNO semakin tertekan sehingga melobi disemua peringkat UMNO agak kononnya memperjuangkan bangsa melayu.

Kebijaksanaan Tuan Guru semakin menyerlah, apabila UMNO ketika itu mendesak agar PAS menyatakan penderian mereka tentang perhimpunan Hindu ketika itu.

Tuan Guru tidak terus menjawab, bahkan beliau membiarkan seketika, iaitu dikala UMNO semakin menjadi-jadi mengeluarkan kenyataan yang berbau perkauman bangsa yang amat ketara.

Setelah api perkauman semakin menjadi-jadi membakar, Tuan Guru menyatakan bahawa, tindakan golongan hindu mengadakan himpunan itu tidak salah, tetapi yang salah apabila ada sebilangan tuntutan mereka yang agak keterlaluan.

Disamping itu juga, tuan guru menyatakan bahawa, bukan kuil sahaja diruntuh di Malaysia, tetapi Masjid dan Surau juga diruntuhkan. Yang pastinya, yang meruntuhkan kuil itu adalah UMNO, sepertimana UMNO meruntuhkan Masjid dan Surau.

Kenyataan tersebut telah menyebabkan keadaan politik Malaysia bergoncang, apabila ketua Hindraf menyatakan bahawa Hindraf bukan bermusuh dengan orang melayu, tetapi bermusuh dengan UMNO.

Kenyataan ini terus menjadikan golongan india 80 % telah berpaling dari memberi kepercayaan kepada MIC kepada memberi kepercayaan kepada PAS, PKR dan DAP yang menyebabkan Pakatan rakyat berjaya memerintah di lima buah negeri, iaitu Kelantan, Kedah, Selangor, Perak dan Pulau Pinang.

POLITIK TERENGGANU

Dalam jangka awalnya, antara negeri yang akan dikuasai PAS adalah negeri terengganu. Tetapi mengejutkan, Terengganu tidak jatuh, tetapi yang jatuh adalah 4 buah negeri.

UMNO di terengganu agar riang dengan kemenangan, disamping Idris Jusoh agak berkeyakinan untuk meneruskan jawatan Menteri Besar di Negeri Terengganu.

Kuasa Allah mengatasi perancangan manusia, menyebabkan Terengganu yang dimenangi oleh Barisan Nasional itu bergolak dikala hendak mengadakan perlantikan Menteri Besar.

Sultan Terengganu dengan terang-terang tidak menerima perlantikan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar, walaupun beliau telah mendapat "watikah" dari Perdana Menteri malaysia.

Tindakan sultan itu, sedikit sebanyak telah menjatuhkan "moral" Perdana Menteri yang dianggap sebagai orang yang berhak memberi nasihat kepada sultan, disamping Sultan amat relevan mendengar dan menerima nasihat beliau.

Disebalik kemelut itu, pihak Sultan telah melantik Ahmad Said sebagai Menteri besar. Dengan perlantikan pihak istana terhadap Ahmad Said sebagai menteri Besar itu, menyebabkan sebilangan besar "barua-barua" idris Jusuh membantah dengan kerasnya sehingga menaikkan sepanduk yang berbau penghinaan terhadap Sultan.

Dalam keadaan politik terengganu berkecamuk, Tuan Guru Haji Abdul hadi sekali lagi menunjukkan kebijaksanaannya dengan mengeluarkan kenyataan rasmi, menyokong pilihan Sultan dengan melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu, walaupun Ahmad Said bukan dari orang yang bermazhab PAS.

Sokongan itu telah memberi kesan besar kepada politik terengganu yang menyebabkan rakyat terengganu dapat menilai keikhlasan perjuangan yang diperjuangkan oleh PAS di Malaysia.

Dengan kenyataan itulah, menyebabkan puluhan ribu rakyat terengganu telah menyambut kepulangan Sultan Mizan ketika pulang dari Kuala Lumpur ke Terengganu baru-baru ini.

Secara moralnya, dengan kehadiran rakyat berpuluh ribu itu, sedikit sebanyak memberi kesan mendalam kepada Sultan yang merupakan yang dipertuan Agong malaysia pada kali ini.

PENUTUP

Jangan terlalu mengagong-agong orang yang telah pergi meninggalkan kita sehingga terlupa kepada jasa yang telah dilakukan oleh orang yang masih hidup.

Tidak dinafikan, besarnya jasa yang telah dilakukan oleh Allahyarham Ustaz Fadhil Nor dalam membentuk iklim politik Malaysia, tetapi dalam masa yang sama, Tuan Guru Haji Abdul Hadi adalah tokoh yang tidak boleh diabaikan jasanya, bahkan jasanya dalam membetuk iklim Politik malaysia juga agak besar.

Mudah-mudahan kita semua sentiasa berada dalam perjuangan Islam, yang dengannya dihadiahkan oleh Allah dengan syurga – Amin Ya Rabbal 'Alamin.

Wallahu 'Alam

Sekian

Al-Bakistani
abu_abdillah_azzam@yahoo.com

Posted at 09:36 pm by YB Ustaz Yaakub Husin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry