MB Kedah minta penghulu bekerja secara profesional bukan ikut arahan JKKK « YB Yaakub Husin


YB USTAZ YAAKUB HUSIN



YB Ustaz Yaakub Husin
Male
Kedah
Ahli Dewan Undangan Negeri Kedah N36 Bandar Baharu - (DBS) Diploma in Bussines Studies ITM Shah Alam (1978) - (DPI) Diploma Pengajian Islam UKM (1983) - Arabic Studies Department, University of Tunis, Tunisia. {Pengasas Dewan Pustaka Fajar}-YDP PAS Kawasan Kulim/B.Baharu -AJK Lajnah Tarbiyah PAS Pusat. -Ahli Lembaga Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah (ILHAM).
   

<< April 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


KEDAH kini milik BERSAMA !!

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed









 
Apr 1, 2008
MB Kedah minta penghulu bekerja secara profesional bukan ikut arahan JKKK

ALOR SETAR,31 Mac (Hrkh)- Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak menyeru para penghulu di negeri ini menjalankan tugas mereka secara profesional tanpa memikirkan fahaman politik walaupun Kedah kini diterajui oleh PAS.

Katanya, selaku pegawai kerajaan negeri yang lebih hampir dengan rakyat, para penghulu diminta tidak bekerja untuk ahli politik tetapi bekerja dengan untuk rakyat.

Image "Tuan-tuan jangan takut dan bimbang dengan kerajaan negeri yang baru walaupun berbeza parti politik. Itu hak masing-masing yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan negara.

"Yang pentingnya kita berusaha untuk memantapkan pentadbiran, kita bekerja sebagai pegawai kerajaan negeri mengikut profesionalisme masing-masing. Kerjasama dengan kerajaan bukan dengan saya," katanya.

Justeru katanya, kerajaan negeri akan memperkasakan tugas penghulu yang kini dilihat agak terkebelakang berbanding peranan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

"Dulu JKKK berperanan menolong penghulu tetapi akhirnya penghulu lepas ke tepi. JKKK dari lantikan politik ini nampaknya lebih berkuasa dari penghulu.

"Jadi kita akan memperkasakan semula para penghulu dan adakan dikembalikan semula peranan mereka ke landasannya," ujarnya dalam majlis pertemuan dengan para penghulu seluruh negeri Kedah.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Pengerusi Persatuan Penghulu dan Penggawa Malaysia Cawangan Kedah, Md Fuad Zainol Abidin menyatakan sokongan para penghulu kepada pimpinan kerajaan negeri yang baru.

"Kami berharap agar kerjasama yang erat diteruskan antara YAB Menteri Besar dengan para penghulu untuk menjadikan negeri Kedah lebih sejahtera," katanya.

Majlis perjumpaan dengan penghulu dari seluruh negeri Kedah ini diadakan di Seri Mentaloon, kediaman rasmi Menteri Besar dekat sini semalam.

Ustaz Azizan yang ditemui pemberita kemudiannya menyokong kenyataan bekas Menteri Besar Dato' Seri Mahdzir Khalid agar JKKK meletakkan jawatan dengan segera.

"Kita bukan nak pecat mereka, tapi kalau mereka tak mahu terima jawatan, kita boleh lantik JKKK baru dan senang kita nak terus buat kerja" katanya. - mr


Posted at 12:52 am by YB Ustaz Yaakub Husin

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry